Malaysia : Perhimpuan untuk menyokong 60 juta orang China yang telah keluar dari PKC dan pertubuhan-pertubuhan gabungannya (Foto)

Oleh seorang pelajar Falun Gong di Malaysia

(Falundafa.org.my) Pusat Perkhimatan untuk Keluar dari Parti Komunis China (PKC) Malaysia ditubuhkan secara rasmi pada 27 September, 2009. Pada hari yang sama, pusat perkhidmatan tersebut mengadakan perhimpunan di Taman Tasik Permaisuri, Kuala Lumpur untuk menyokong 60 juta orang China yang telah keluar dari PKC dan pertubuhan-pertubuhan gabungannya.

Jurucakap Pusat Perkhidmatan meminta orang-orang China untuk keluar daripada PKC, mengatakan bahawa ia adalah Kehendak Tuhan untuk melenyapkan PKC.


Perhimpunan di Malaysia untuk menyokong 60 juta orang China yang telah keluar dari PKC dan pertubuhan-pertubuhan gabungannya.


Orang ramai mengetahui kekejaman PKC.


Wakil mengumumkan pembentukan Pusat Perkhidmatan.

Di perhimpunan, Zhang Jie, seorang penyair dan penulis dibuang negeri dari China, dan Pang Xiao Lei, seorang Kristian, mengumumkan pengunduran mereka daripada PKC dan pertubuhan-pertubuhan gabungannya.


Zhang Jie keluar dari PKC di perhimpunan

Zhang Jie berkata dia pernah melihat sifat buas PKC. PKC mengganas orang China. Ia telah menjadi kumpulan paling besar di China. Ia tidak berbuat apa-apa tetapi mencipta dusta dan melakukan kejahatan. Rakyat-rakyat China menderita teruk kerana PKC. Dalam beberapa tahun ini, PKC telah menindas pembela hak asasi manusia dan pembangkang secara terbuka. Suara-suara rakyat disekat,kata Encik Zhang, ketika dia mengumunkan pengundurannya daripada PKC di perhimpunan.


Pang Xiaolei di perhimpunan

Pang Xiaolei berkata dia dulu seorang ateis, kerana dibesarkan di komunis China. Dia dulu berada dalam tentera milik PKC. Dia kemudian menjadi seorang Kristian. Berlatih kepercayaannya, dia terpaksa meninggalkan China dan mencari suaka politik di Malaysia. Dia membaca 9 Komentar Terhadap Parti Komunis China dan melihat jelas sifat jahat PKC. Oleh itu, dia tampil ke hadapan untuk mengumumkan pengundurannya dari PKC menggunakan nama sebenarnya.

"Saya sebagai seorang rakyat China biasa dengan hati nurani, saya keluar PKC dan pertubuhan-pertubuhan gabungannya. Saya bukan lagi seorang tebusan PKC, tetapi seorang yang bebas. Ini adalah untuk kesempatan kelahiran semula, kata Encik Pang.

Encik Pang berkata dia tidak tahu sejarah PKC sebelum membaca 9 Komentar Terhadap Parti Komunis China. Dia berkata, Di dalam beberapa hari, ia adalah Hari Kebangsaan China, hari yang menandakan ulang tahun ke-60 PKC diasaskan. PKC membawa hina dan derita kepada bangsa; ia menindas orang-orang sejati dan membunuh yang tidak bersalah, ia berpura-pura tiada hal buruk yang berlaku dengan menyekat internet dan merayakan perayaan dengan kegembiraan. PKC tidak boleh menipu saya lagi dan ini adalah waktu untuk rakyat-rakyat China untuk bangun.

"Dari Revolusi Kebudayaan kepada penyembelihan Jun 4, PKC telah cuba untuk menyingkirkan demokrasi. Penindasan terhadap Falun Gong selama 10 tahun adalah kekejaman yang tidak boleh diterima. Tuhan akan melengyapkan PKC dan hanya mereka yang telah keluar PKC boleh memastikan keselamatan mereka.

Versi Cina boleh diperolehi di http://minghui.ca/mh/articles/2009/9/28/209190p.html
Versi Inggeris boleh diperolehi di http://clearwisdom.net/html/articles/2009/9/30/111200p.html