Pelajar Malaysia menyambut Perayaan Hari Falun Dafa Sedunia ke-sebelas (Foto)

Oleh seorang pelajar Falun Gong di Malaysia

(Falundafa.org.my) Pelajar Falun Dafa dari Malaysia merayakan Hari Falun Dafa Sedunia ke-sebelas (13 Mei) dengan satu perarakan agung di Pulau Pinang pada tarikh 1 Mei 2010.


 

Pelajar Falun Dafa dari Kuala Lumpur menyambut Hari Falun Dafa Sedunia pada 9 Mei, 2010. Sepanduk bertulis, “Hari Falun Dafa Sedunia” dan “Selamat Hari Jadi Master Li Hongzhi”.


 

(2)   Pelajar Falun Dafa dari Johor Baru menyambut Hari Falun Dafa Sedunia pada 9 Mei, 2010. Sepanduk bertulis, “Hari Falun Dafa Sedunia” dan “Selamat Hari Jadi Master Li Hongzhi”.

Perarakan Hari Falun Dafa Sedunia di Pulau Pinang pada 1 Mei, 2010

Pancaragam Alam Syurga di Malaysia mengetuai perarakan tersebut dan diikuti dengan sepanduk Falun Dafa dan “Sejati-Baik-Sabar” dan model buku Zhuan Falun yang besar. Perarakan juga mempunyai demonstrasi latihan, penari-penari lelaki dan perempuan tarian tradisional Cina.

Banyak penonton memuji perarakan tersebut terutama muzik dan pakaian yang berwarna-warni. Banyak pemandu melambatkan kereta untuk melihat perarakan. Pelajar mengedarkan risalah memperkenalkan Falun Dafa (juga dikenali sebagai Falun Gong).

Falun Gong diperkenalkan pada pertama kali pada tahun 1992 oleh Master Li Hongzhi. Tahun 2010 menandakan ulang tahun kelapan belas Falun Gong diperkenalkan kepada orang awam, dan juga Hari Falun Dafa Sedunia ke-sebelas. Hari 13 Mei juga merupakan hari ulang tahun Master Li Hongzhi. Pada masa ini, Falun Gong dipelajari lebih daripada 100 juta orang di lebih daripada 60 buah negara. Karya-karya Falun Gong didapati di lebih daripada 30 jenis bahasa


Versi Cina boleh diperolehi di http://minghui.ca/mh/articles/2010/5/12/223495p.html
Versi Inggeris boleh diperolehi di http://clearwisdom.net/html/articles/2010/5/13/116897p.html