Malaysia : Pancaragam Alam Syurga dijemput untuk persembahan ke Kejohanan Terbuka Pertama Perahu Naga di Universiti Multimedia Melaka (Foto)

Oleh seorang pelajar Falun Gong

(Falundafa.org.my) Universiti Multimedia Melaka, Malaysia, mengadakan Kejohanan Terbuka Pertama Perahu Naga di Tasik Ayer Keroh, Melaka, pada tarikh 15 November 2009. Pancaragam Alam Syurga Malaysia dijemput untuk persembahan dan penyambutan para tetamu di upacara pembukaan.

foto 1

Pancaragam Alam Syurga membuat persembahan sebelum pembukaan Kejohanan Terbuka Pertama Perahu Naga di hadapan Gerbang Melaka

foto 2

Persembahan di Kejohanan Terbuka Pertama Perahu Naga, Universiti Multimedia di hadapan Gerbang Melaka

 

Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Mohd. Ali bin Mohd. Rustam, didampingi oleh Encik Zamzuri bin Abdul Majid, Pengarah Senior Hal Ehwal Pelajar, Universiti Multimedia Melaka, dan Huang Shudang, Presiden Pertubuhan Promosi Perahu Naga, dan lain-lain, memulakan upacara pembukaan. Pancaragam Alam Syurga menyembahkan “Kegembiraan” (Ode to Joy) dan “Buddha Maha Muzik Suci” (Buddha Grace Holy Music). Pengacara mengucapkan terima kasih kepada kumpulan Falun Dafa untuk persembahan yang luar biasa.

Perlumbaan perahu naga ini disertai secara aktif dan disokong lebih daripada sepuluh penyertaan daripada negara-negara jiran termasuk Singapura.

Persembahan di Kompleks Membeli-belah

Selepas persembahan di perlumbaan perahu naga, Pancaragam Alam Syurga pergi ke Melaka Mall untuk memainkan lagu. Ketika pancaragam memasuki dewan dengan langkah-langkah teliti, muzik yang dimainkan menarik banyak orang untuk menonton.

Pancaragam Alam Syurga memainkan beberapa pilihan, termasuk “Falun Dafa Baik”, Menghadiahkan Harta”, “Buddha Maha Muzik Suci”, “Gendang dan Sangkakala Mengegarkan Dunia Sepuluh Arah”, “Kegembiraan”, dan “Fa Membetulkan Alam Semesta”.

Pengurus kompleks memperkenalkan Falun Dafa dan Pancaragam Alam Syurga semasa persembahan mereka. Banyak orang mengambil bahan-bahan maklumat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Falun Dafa.

Sebelum meninggalkan Melaka, pancaragam ini membuat persembahan di Mydin Mall membawa keindahan Falun Dafa kepada penduduk tempatan.

Versi Cina boleh diperolehi di http://www.minghui.ca/mh/articles/2009/11/17/212775.html
Versi Inggeris boleh diperolehi di http://clearwisdom.net/html/articles/2009/11/22/112534.html