“Walhal, tidak kira berapa banyak makalah (rencana) kita cetakkan, kesemua itu adalah sebagai bahan-bahan tambahan sahaja. Hanya Zhuan Falun sanggup membimbing seseorang dalam pembinaan akhlaknya. Ianya mengandungi makna yang dalam yang bertingkat-tingkat, dari aras seseorang biasa ke aras yang amat tinggi. Selagi anda melatih membinakan akhlak, Zhuan Falun akan terus membimbing mempertingkatkan latihan akhlak anda.” Li Hongzhi

Zhuan Falun
Oleh Li Hongzhi

Pada tahun 1996, Zhuan Falun adalah buku yang paling laris di negara Cina, negara yang paling besar di Dunia ini. Itu bukan tanpa sebabnya. Zhuan Falun, buku teras bagi latihan Falun Dafa bukannya sebuah buku yang biasa. Kandungan dan ajarannya mengulaskan semula qigong dan latihan pembinaan akhlak, dengan terperinci, tanpa meninggalkan apa-apa sisanya. Tambahan pula, buku ini telah menyebarkan Falun Dafa dari tahap ianya dilatih oleh 200 ribu orang di Negara Cina ke tahap ianya dilatih oleh lebih daripada 100 juta orang di seluruh dunia. Ianya telah mengubahkan nasib berjuta-juta orang, memulihkan kesihatan yang unggul kepada mereka dan memudahkan mereka membinakan semula akhlak sejati dengan berpandukan prinsip-prinsip yang lebih tinggi. Kesempurnaan buku ini tidak dapat digambarkan dengan perkataan melainkan dialami dengan diri sendiri. Sejak penerbitannya pada tahun 1995, Zhuan Falun telah pun diterjemahkan ke dalam lebih daripada sepuluh bahasa yang lain dan akan diikuti dengan penterjemahan dalam beberapa bahasa yang lain.

Zhuan Falun menerangkan Falun Dafa secara menyeluruh, merangkumi pelbagai perkara, mendedahkan apa-apa yang tidak pernah dilakukan oleh pengarang-pengarang lain. Zhuan Falun membimbing pembacanya memahami makna-makna dalaman Falun Dafa yang tiada batasannya. Ianya adalah panduan bagi latihan Falun Dafa. Bahasanya memang mudah difahami dan tidak berhiasan, kerana ianya dicatat terus mengikut ceramah-ceramah yang telah disampaikan oleh Encik Li di Negara Cina antara tahun 1992-1994. Ramai orang dari pelbagai golongan tertarik oleh ajaran Zhuan Falun dan terus melatih Falun Dafa. Mereka itu merangkumi cendekiawan, kakitangan kerajaan, petani-petani dan orang yang sudah bersara. Buku ini membimbingkan pelatih-pelatih sama ada yang baru ataupun yang lama, untuk melatih Falun Dafa. Tentang kepentingan buku ini, hanya sejarah dapat membuktikannya dengan sepenuhnya kelak.

Kandungan utama Zhuan Falun merangkumi perbincangan seperti berikut:

- Asal-usul qigong dan makna "latihan pembinaan akhlak" yang sudah lama dilupakan.
- Sebab berlakunya penyakit dan cara membasmikannya.
- Karma: puncanya, kesannya dan pengubahannya menjadi jasa.
- Hubungan antara Falun Gong dengan qigong, Buddhisme, Taoisme dan kaedah-kaedah pembinaan akhlak yang lain.
- Makna dan fungsi kuasa luar-biasa.
- Isu makan daging dan isu ketagihan.
- Latihan akhlak, latihan gabungan minda dan badan
- Apa dia "kesedaran menyeluruh" dan apa dia Penyempurnaan?

Falun Gong
Oleh Li Hongzhi

Dengan terbitnya buku Falun Gong pada tahun 1993, Encik Li Hongzhi telah mengubahkan keadaan sama sekali latihan Qigong di Negara Cina dan lanjutan daripada itu, ke seluruh dunia. Buat kali pertama, prinsip-prinsip Qigong yang sejati dan menyeluruh telah dapat diketahui oleh masyarakat umum. Lebih daripada itu, latihan Falun Dafa yang hebat dan kesan-kesan baiknya telah dapat diperolehi oleh orang ramai. Dalam beberapa tahun sahaja, beratus-ratus ribu orang di Negara Cina mula belajar Falun Gong melalui buku ini. Dalam beberapa tahun yang sudah, susah hendak kita menemui sebuah buku yang mempunyai kuasa pengaruh sedemikian hebat.

Sejak penerbitannya, Falun Gong telah diterjemahkan kepada belasan bahasa, memudahkan Falun Dafa terserap ke pelbagai budaya dan pelbagai benua. Dengan ini, terbuktilah ianya tidak ada batasan budaya. Falun Gong adalah sebuah buku pengantar yang menerangkan latihan Falun Gong secara sistematik, dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami. Maka ianya merupakan titik mula yang unggul bagi latihan Falun Dafa. Kebaikan kandungannya jauh melebihi buku-buku Qigong yang lain.

Kandungan-kandungan utama Falun Gong merangkumi perbincangan-perbincangan berikut:

- Apa dia Qigong. Asal-usulnya, matlamatnya dan kesan baiknya.
- Hubungan Falun Gong dengan qigong dan Buddhisme.
- Asal-usul, makna, dan pembasmian penyakit.
- Makna sebenar latihan gabungan minda dan badan.
- Bagaimana hendak melatih gerak-badan Falun Gong (dengan penerangan dan ilustrasi gambar-gambar)
- Penerangan terperinci mengenai fungsi-fungsi istimewa latihan-latihan tersebut.