Malaysia : Pancaragam Alam Syurga membuat persembahan di sambutan hari cuti (Foto)

Oleh seorang pelajar Falun Gong di Malaysia

(Falundafa.org.my) Pancaragam Alam Syurga, yang terdiri daripada pelajar Falun Gong, menyertai dalam satu perayaan di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, Malaysia pada Disember 2009. Persembahan pancaragam diterima hangat oleh para penonton.

 

 

 

Pancaragam Alam Syurga membuat persembahan di perhitungan-hingga-kosong Hari Natal di Kuala Lumpur

Ribuan pelancong dan warga tempatan berkumpul di tempat penghitungan-hingga-kosong di Kuala Lumpur pada hari Natal. Mereka terpesona dengan muzik Falun Dafa dan Hari Natal yang dimainkan oleh Pancaragam Alam Syurga. Muzik bermula pada 11.50pm. Selepas pemukulan gendang, para penonton bersorak. Orang ramai bertepuk tangan dengan kuat kepada muzik Hari Natal. Suasana tenang dan amat menggalakkan.

Pelajar-pelajar Falun Gong mengedarkan bahan-bahan maklumat tentang Falun Gong dan Pancaragam Alam Syurga. Para penonton memang menikmati persembahan selama setengah jam. Beberapa anak muda berteriak, “Terima kasih!” apabila pancaragam beredar.

 

 

Pancaragam Alam Syurga mengadakan perarakan di Pulau Pinang

Pancaragam Alam Syurga, yang terdiri lebih daripada 80 pelajar Falun Gong dari Malaysia dan Singapura, mengadakan perarakan di Pulau Pinang pada tarikh 26 & 27 Disember. Perarakan tertib dan musik menakjubkan telah membuat impak positif kepada penduduk tempatan, menyebarkan berita Falun Dafa semasa cuti Hari Natal.

Perarakan selama 2 km pada tarikh Disember 26 bermula pada pukul 9 pagi. Pancaragam dijemput untuk membuat persembahan di pentas pusat di 'Bukit Jambul Department Store' pada 2 petang. Para pembeli-belah terpesona oleh muziknya.

Perarakan Disember 27 juga bermula pada 9 pagi, tetapi ini merupakan 7 km jauh. Ia melalui Sultan Azian Shah dan jalan utama lain. Kereta dilambatkan dan pemandu menurunkan tingkap untuk menengok pancaragam, apabila pelajar Falun Gong mengedarkan risalah. Selepas beberapa acara meriah ini, lebih banyak orang mengenali tentang Falun Dafa.

Versi Cina boleh diperolehi di http://www.minghui.ca/mh/articles/2010/1/1/215483p.html
Versi Inggeris boleh diperolehi di http://www.clearwisdom.net/html/articles/2010/1/3/113594p.html