Malaysia : Penganjur Shen Yun mengutuk gangguan PKC di Asia (Foto)

Oleh seorang pelajar Falun Gong di Malaysia

(Falundafa.org.my)Tujuh pertunjukan oleh Kumpulan Pertunjukan Seni Shen Yun (Divine Performing Arts) dijadualkan di pentas di Hong Kong pada 27-30 Januari, 2010. Tiket-tiket telah dijual habis dalam masa 5 hari. Namun, Parti Komunis China (PKC) menekan kerajaan Hong Kong untuk mengganggu pertunjukan itu, dan akhirnya Shen Yun terpaksa membatalkan pertunjukan di Hong Kong. Berpuluh-puluh orang Malaysia dan para penganjur Shen Yun di Malaysia, yang mempunyai pengalaman yang sama dua tahun lalu, memprotes campur tangan PKC di Hong Kong dan negara-negara Asia yang lain di depan Kedutaan China di Malaysia.

 

 Penganjur Shen Yun di Malaysia dan penduduk-penduduk tempatan memprotes gangguan PKC di Asia

NTDTV Global Media Network dan Pusat Penyelidikan dan Latihan Falun Dafa (Falun Dafa Research Center), penganjur Shen Yun di Malaysia, mengeluarkan kenyataan media bersama. Mereka berkata pengalaman Shen Yun di Hong Kong mengingatkan mereka tentang pengalaman mereka sendiri. Mereka memprotes perbuatan keji PKC secara terus-menerus melakukan gangguan ke atas pertunjukan Shen Yun di semua negara.

Jurucakap Encik Chen Zhigan mengatakan bahawa campur tangan PKC ke atas pertunjukan Shen Yun di Asia adalah amat serius. Pada tahun 2008, Kedutaan Besar China di Malaysia menekan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan untuk membatalkan pertunjukan Shen Yun. Kementerian memberitahu penganjur Shen Yun pada akhir Februari bahawa permohonan untuk mengadakan pertunjukan Shen Yun dibatalkan kerana dibangkang Kedutaan China.

Jawapan Kementerian kepada penganjur, 'permintaan berulang-ulang untuk membenarkan Shen Yun untuk membuat pertunjukan adalah: Kelulusan Kedutaan China merupakan prasyarat. PKC juga telah memaksa satu teather di Korea untuk membatalkan kontrak dengan Shen Yun.

Penganjur Shen Yun berharap bahawa negara-negara Asia lain, kerajaan Malaysia, media, dan masyarakat akan melihat dengan jelas perilaku PKC dalam melanggar undang-undang dan kebebasan di negara lain, dan akan membantu melindungi Shen Yun daripada gangguan.

Kenyataan ini juga menunjukkan bahawa keputusan kerajaan Hong Kong untuk menolak visa adalah bertentangan dengan tuntutan demokrasi dan supremasi undang-undang (rule of law) dengan menunduk dan bekerjasama dengan PKC. Ia mengabaikan hak-hak rakyat Hong Kong dan merosakkan imej dan reputasi antarabangsanya. Kenyataan media tersebut meminta kerajaan Hong Kong untuk berhenti menyerah diri kepada PKC dan membolehkan pertunjukan Shen Yun di Hong Kong.

 
Versi Cina boleh diperolehi di http://www.minghui.org/mh/articles/2010/1/29/217180p.html
Versi Inggeris boleh diperolehi di http://www.clearwisdom.net/html/articles/2010/1/30/114251p.html