Malaysia: Pancaragam Alam Syurga di Malaysia membawa mesej yang baik Falun Dafa ke Pesta Antarabangsa Belon Udara Panas (Foto)

Oleh seorang pelajar Falun Gong di Malaysia

(Falundafa.org.my) Pesta Belon Udara Panas Kedua Putrajaya diadakan dari Mac 13-21, 2010 di Kuala Lumpur, Malaysia. Pelajar Falun Dafa menyertai dalam acara ini. Mereka mendirikan satu gerai untuk melakukan latihan Falun Gong dan mengedarkan bahan-bahan maklumat Falun Gong selama pesta 4 hari. Pengunjung-pengunjung datang ke gerai dan mengetahui Falun Gong telah menyebar ke lebih daripada 100 buah negara dan daerah, menyebabkan pada kesejahteraan fizikal dan mental bagi penduduk-penduduk di negara-negara tersebut. Banyak yang tertarik untuk mempelajari Falun Dafa.

Pancaragam Alam Syurga bermain pada Pesta Antarabangsa Belon Udara Panas di Malaysia pada malam 20 Mac, 2010

Pancaragam Alam Syurga membuat persembahan pada acara penutupan pesta

Orang ramai berasa seronok dengan kedatangan Pancaragam Alam Syurga

Terdapat 23 jenis belon-belon udara panas yang mewakili 11 buah negara yang berlainan, termasuk Perancis, Belanda, Belgium, Amerika, Jepun, Poland, Switzerland, New Zealand, Thailand dan Malaysia. Penganjur-penganjur menganggarkan acara ini akan menarik lebih daripada 150,000 orang. Untuk mengembirakan suasana, penganjur menyedikan pelbagai aktiviti yang menyeronokan, termasuk permainan kanak-kanak, skrin kapal terbang remote kontrol, pasar dan gerai-gerai. Pancaragam Alam Syurga dijemput untuk membuat persembahan pada petang Mac 20 dan pada acara penutupan.

Pancaragam bermain “Falun Dafa Baik”, “Fa Membetulkan Alam Semesta”, “Gendang dan Sangkakala mengegarkan Dunia Sepuluh Arah”, “Menghadiahkan Harta”, “Kegembiraan” dan “Kegembiraan kepada Dunia”. Para penonton terkagum dan mengambil banyak foto pancaragam.

Isteri Perdana Menteri, Y.A.B Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, menyempurnakan acara penutupan pada pukul 5 petang, pada tarikh 21 Mac. Pancaragam Alam Syurga membuat persembahan sekali lagi, membawa kegembiraan dan kebahagian di pesta.

 
Versi Cina boleh diperolehi di http://www.minghui.org/mh/articles/2010/3/23/220308p.html
Versi Inggeris boleh diperolehi di http://clearwisdom.net/html/articles/2010/3/24/115550p.html