Pelajar Falun Gong di Malaysia menyeru Singapura untuk menghentikan bantuan kepada penindasan PKC (Foto)

Oleh seorang pelajar Falun Gong di Malaysia

(Falundafa.org.my) Untuk menjawab tuduhan palsu baru-baru ini terhadap pelajar Falun Gong, dihentikan permit bekerja dan permit kemasukan di Singapura, pelajar Falun Gong di Malaysia menghantar surat kepada Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur pada tarikh 10 Jun 2010, menyeru agar kerajaan Singapura berhenti membantu Parti Komunis China (PKC) menindas Falun Gong.

(1)   Ng Wen Qiang (kedua dari kanan) mengungkapkan hasrat pelajar-pelajar Falun Gong kepada Walter Chia, Setiausaha Pertama Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur (kedua dari kiri)

(1)   Wartawan-wartawan media tempatan di tempat penyerahan surat

Pelajar Falun Gong pergi ke Suruhanjaya Tinggi Singapura pada 10.30 pagi, jurucakap Encik Ng Wen Qiang mewakili pelajar-pelajar lain untuk menyerahkan surat-surat tersebut. Walter Chia, Setiausaha Pertama Suruhanjaya Tinggi di Kuala Lumpur, datang bertemu dengan pelajar-pelajar.

Encik Ng mengungkapkan hasrat pelajar Falun Gong. Mereka berharap Singapura, sebagai pusat perdagangan antarabangsa, tidak akan tunduk kepada tekanan PKC atau mengikuti PKC dalam penindasan terhadap Falun Gong. Seluruh dunia sedang melihat. Mereka berharap Singapura tidak akan merosakkan reputasi sendiri dengan membantu PKC.

Encik Chia menerima surat tersebut dan bahan-bahan maklumat tentang Falun Gong. Dia mengatakan dia akan menghantar maklumat kembali ke Singapura. Wartawan media tempatan juga menghadiri kegiatan penyerahan surat.

Pelajar-pelajar Falun Gong mengatakan dalam surat tersebut bahawa komuniti-komuniti antarabangsa telah menyuarakan suara keadilan mereka, menyeru PKC untuk menamatkan penindasan selama sebelas tahun terhadap Falun Gong. Mereka memberikan contoh, dakwaan Mahkamah Sepanyol ke atas Jiang Zemin dan pegawai-pegawai lain dalam pembunuhan beramai-ramai dan penyeksaan; dan Resolusi Rumah US 605 (US House Resolution 605) yang menyeru kepada rejim China “untuk segera menghentikan dan berhenti dalam kempennya untuk menganiaya, intimidasi, memenjarakan dan menyeksa pelajar-pelajar Falun Gong.

Pelajar-pelajar Falun Gong Malaysia sangat prihatin atas serangkaian insiden di Singapura dan merasa kesal atas apa yang dilakukan oleh kerajaan Singapura. Mereka tegaskan permintaan kepada kerajaan Singapura untuk membatalkan semua tuduhan yang tidak berdasar terhadap pelajar-pelajar Falun Gong dengan segera dan melindungi semua hak-hak pelajar Falun Gong. Mereka berharap kerajaan Singapura akan memilih masa depan yang cerah kepada rakyat-rakyatnya dengan berdiri dengan negara-negara dan orang-orang di dunia yang mempunyai keadilan untuk menyeru pengakhiran penindasan PKC.

Latar belakang

Polis Singapura menahan lima pelajar Falun Gong di Taman Esplanade pada pagi 5 Oktober, 2009. menggari pelajar dan membawa mereka ke Stesen Polis Pusat, tempat di mana mereka ditahan dan diinterogasi. Pasport mereka dirampas dan belum dikembalikan. Pada tarikh 6 Mei, 2010, polis mendakwa pelajar-pelajar yang mengedarkan bahan-bahan maklumat, yang berfakta benar terhadap penindasan di jalanan dan tempat-tempat pelancongan, dengan “merosakkan hak milik awam” dan sebagainya. Selain itu, pelajar-pelajar Falun Gong China yang tinggal di Singapura tidak diberi permit bekerja dan permit kemasukan yang berpanjangan tanpa alasan yang jelas.

Kerajaan Singapura mempunyai enam saman tidak berasas terhadap pelajar Falun Gong pada 2001-2006.


Versi Cina boleh diperolehi di http://minghui.ca/mh/articles/2010/6/11/225245p.html
Versi Inggeris boleh diperolehi di http://clearwisdom.net/html/articles/2010/6/12/117800p.html