|    
		  
		    
		
		Pelajar Falun Gong di Malaysia berada di depan kedutaan China, membantah 
		penindasan terhadap Falun Gong    |  
 
   
	Perhimpunan 
	yang berlangsung selama 30 minit itu, pelajar Falun Gong memaparkan sepanduk 
	yang bertulis “Anti-penindasan Falun Gong selama sebelas tahun secara 
	rasional dan aman” dan Falun Dafa Baik” di depan Kedutaan China di Jalan 
	Ampang yang sibuk di Kuala Lumpur, serta gambar yang mendedahkan penindasan 
	kejam PKC terhadap pelajar Falun Gong, menyebabkan kenderaan berlalu untuk 
	berhenti dan melihat.   
	Pelajar Falun Gong membacakan 
	kenyataan dalam Bahasa Cina dan Melayu “Hari Hak Asasi Manusia: Membantah 
	PKC menindas Falun Gong” dan pihak polis yang berada di sana berdiam diri 
	untuk mendengar, keseluruhan aktiviti berjalan dalam suasana aman.
	Jurucakap Encik 
	Chua bercakap, “Julai 20, 1999, bekas ketua Parti Komunis China, Jiang Zemin, 
	menghasut untuk menindas Falun Gong, telah berlalu sebelas tahun. Dalam 
	proses anti-penindasan, pelajar Falun Gong telah melalui selama sebelas 
	tahun.”
	Dia 
	menunjukkan bahawa untuk menindas Falun Gong, PKC telah menggunakan segala 
	taktik keji, termasuk cara-cara penyeksaan melebihi seratus kaedah, di mana 
	majoritinya ialah wanita dan orang tua. Menurut statistik, semenjak 20 Julai, 
	1999 yang telah berlalu sebelas tahun, lebih daripada 3,400 pelajar diseksa 
	sehingga mati dalam kes-kes yang terdapat di seluruh China, termasuk 30 
	wilayah, wilayah autonomi dan bandaraya.
	  
	Dia mengatakan, pada tahun 2006 terdapat sumber berita yang 
	boleh dipercayai, di mana Parti Komunis China (PKC) mencuri organ-organ 
	badan pelajar Falun Gong dan membakar mayatnya selepas itu. Jumlah pelajar 
	Falun Gong yang tidak diketahui, yang menahan kesakitan dalam sengsara, 
	dibunuh. Cara Parti Komunis China menghapuskan sifat kemanusiaan, 
	digambarkan sebagai “kejahatan yang belum pernah dilihat di dalam dunia ini.”
	  
	Akhirnya, dia menceritakan bagaimana pelajar Falun Gong 
	melalui tempoh sebelas tahun ini: “Pelajar Falun Gong di China dalam sebelas 
	tahun ini, mengikuti prinsip “Sejati, Baik, Sabar”, dan satu hati yang tabah 
	membantah penindasan ini.” Pelajar Falun Gong yang berada di berbagai negara, 
	menggunakan pelbagai cara untuk mengklarifikasikan kebenaran. Mereka 
	rasional dan secara aman, mengklarifikasikan kebenaran terhadap kerajaan di 
	banyak negara, menguatkan suara anti-penindasan. Sebaliknya, dalam proses 
	PKC menindas Falun Gong, orang ramai telah hilang kepercayaan terhadapnya, 
	dan pengunduran beramai-ramai daripadanya menyebabkan penguraiannya."
	  
	Sebagai kesimpulan, “Dalam Hari Hak Asasi Manusia ini, kita 
	meminta kepada semua rakyat Malaysia dan dunia, terus untuk memberikan 
	sokongan kepada Falun Gong, untuk membantu menghentikan penindasan selama 
	sebelas tahun."   
	Latar Belakang   
	Falun Dafa, 
	atau lebih dikenali sebagai Falun Gong disebar secara luas di China semenjak 
	tahun 1992 dan 'Sejati, Baik, Sabar' sebagai panduan asas. Pelajar Falun 
	Gong mendapat meningkatkan tahap kesihatan dan perbaikan tahap moral. Falun 
	Gong telah tersebar secara luas lebih daripada seratus buah negara, wilayah, 
	dan jumlah pelajarnya melebihi seratus juta orang. Buku utama Falun Dafa 
	ialah Zhuan Falun, telah diterjemahi lebih daripada sepuluh buah bahasa dan 
	diterbitkan di seluruh dunia.